Breaking News

Pengasas bersama Microsoft - Pau Allen meninggal pada usia 65 tahun


Paul Gardner Allen merupakan pengasas bersama Microsoft bersama Bill Gates. Dan beliauah orangnya yang berjaya meyakinkan Bill Gates untuk meninggalkan Harvard bagi menubuhkan Microsoft pada tahun 1975.

Hasilnya kita melihat apa yang ada pada hari ini di depan anda ketika anda menghadap komputer baik di pejabat mahupun di rumah. Sistem pengoperasian Microaoft pada hari ini telah menguasai majoriti sistem operasi komputer di seluruh dunia.

Selain minat dalam bidang sains dan teknologi, beliau juga mempunyai minat mendalam dalam bidang sukan. Tidak hairanlah beliau menjadi pemilik kepada Seatlle Seahawks dalam liga NFL dan juga pemilik Portland Trail Blazers dalam liga NBL.

Aset beliau pada 21 March 2018 dianggarkan bernilai USD21.7 billion. Beliau juga menubuhkan Allen Institute for Brain Science pada 2003. Dan sedekad kemudian menubuhkan Allen Institute for Artificial Intelligence untuk membuat kajian berkenaan kesan teknologi kepada masyarakat.

Dengan kematian beliau pada 15 October 2018 dan tanpa meninggalkan anak untuk mewarisi harta beliau, tanda tanya pastinya terarah kepada siapa hartanya akan diwarisi atau digunakan nanti.


No comments