Breaking News

Kapal mewah Equanimity berlabuh di Pelabuhan Klang



Akhirnya kapal mewah yang dikaitkan dengan skandal 1MDB berlabuh di Pelabuhan Klang setelah berlayar selama 20 jam dari Batam, Indonesia.

Putrajaya berjaya mengesahkan pemilikan ke atas kapal tersebut dengan bantuan persefahaman undang-undang antara Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri, Najib Razak akan didakwa di mahkamah pada hari ini melibatkan kes melibatkan SRC International Sdn Bhd. 

Beliau dituduh menyalahgunakan dana syarikat berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta milik SRC International semasa beliau menjadi penasihat.  



No comments