Breaking News

China menguasai Piala Dunia Rusia 2018

Pic: Reuters

Piala Dunia mempunyai sejarah yang panjang yang dikaitkan dengan jenama perniagaan terkenal dunia seperti Adidas, Nike dan lain-lain. Pada kali ini, Mc Donald juga merupakan penaja utama Piala Dunia Rusia.

Namun pada kali ini, syarikat China juga tidak ketinggalan memnguasai Piala Dunia di Rusia apabila jenama-jenama dari negara tersebut seperti Wanda Group, Hisense, Mengniu Dairy, dan VIVO terpampang di papan iklan stadium ketika perlawanan berlangsung.


Syarikat penyelidikan, Zenith menganggarkan sejumlah $2.4 billion dihasilkan dari kejohanan ini dari segi pengiklanan sahaja, dan dianggarkan satu pertiga dari jumlah itu datangnya dari syarikat-syarikat China.

Begitulah hebatnya penangan Piala Dunia, dan tidak pelik sekiranya banyak negara berebut-rebut untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Sumber:www.livemint.com

No comments