Breaking News

Skim emas tipu kutip duit RM3.8 bilion

Skim tipu kutip duit RM3.8 bilion

Dianggarkan 974,301 orang jadi mangsa sindiket pelaburan palsu sepanjang 2017


Gambar: Kosmo Online


KUALA LUMPUR – Sikap tamak dan mahu cepat kaya memakan diri segelintir rakyat negara ini apabila lebih RM3.8 bilion kerugian dicatatkan daripada mangsa-mangsa yang terpedaya dengan skim pelaburan haram sepanjang tahun lalu.
Jumlah kerugian membabitkan mangsa yang dianggarkan seramai 974,301 orang di seluruh negara itu melibatkan 30 pelaburan haram termasuk urus niaga mata wang ­asing (forex), pelaburan kopi, food truckserta pelaburan emas.

Bagaimanapun, berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Bukit Aman, hanya 1,369 daripada 974,301 individu yang tampil membuat laporan selepas mereka terpe­daya dan membabitkan nilai kerugian RM239 juta.
Ramai mangsa lain enggan buat laporan polis kerana malas atau malu.
Statistik JSJK juga menunjukkan setiap pelaburan haram dalam negara aktif dalam tempoh satu hingga dua tahun selain mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kebanyakan ­mangsa mudah terpedaya dengan imbuhan pelaburan yang lumayan dijanjikan ahli sindiket pelaburan.
“Semua syarikat terbabit sudah dikenal pasti dan kami sedang berusaha mengesan semua dalang sindiket terbabit dan kami menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran menyertai apa-apa skim pelaburan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, Amar Singh berkata, pihak polis telah mengambil tindakan ke atas 13 sindiket pelaburan haram dengan jumlah kerugian dianggarkan RM2.1 bilion sepanjang tahun 2017.
“Dalam kes tersebut, seba­nyak 173 kertas siasatan dibuka dan 33 individu sudah dituduh di mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, polis hanya menerima laporan daripada 1,412 mangsa yang terpedaya dengan 13 sindiket itu sedangkan dianggarkan seramai 336,610 mangsa telah ditipu.
Sumber: Kosmo Online

No comments