Breaking News

Petua Umum Masakan

PETUA MASAKAN



Koleksi: Leo Zackery Ibrahim
Diharap, petua-petua yang ada dapat membantu sekiranya anda menghadapi kesulitan.

• Mengekalkan Kesegaran Sayuran
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya.Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikitcuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran padasayuran tadi.

Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalambesen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnyakerang tadi akan bersih dan putih.

Jemput-jemput Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa.Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

• Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam airberisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untukdimasak.

• Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asamgelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

• Tauhu Tidak Melekat Dikuali Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas danbawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

• Membersihkan Perut Lembu Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirihberserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelumdibilas dengan air bersih.

• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lamamasukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam petisejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

• Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya andamencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkantaugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

• Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papanpemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat padapapan pemotong akan hilang.

• Masakan Termasin Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
1. Setelah gulai mendidih, tutup apidan periuk. Biarkan beberapa minit.
2. Kemudian basuh tudung periuk tetapijangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengansendirinya.
3. Potong dua atau tiga biji kentangberbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut,keluarkannya semula.

• Merasa Makanan di Bulan Puasa
1. Ketika di bulan puasa agak sukaruntuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah denganmeletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapatibulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
2. Letakkan setitik kuah di atas jaritangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis

• Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

• Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutupperiuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

• Mengelakkan Nasi Hangit Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya,sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.

• Mengelakkan Bau Hangit Nasi
1. Masukkan beberapa tangkai cilikering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
2. Ambil kulit bawang, cuci danmasukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalammangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

• Nasi Lambat Basi
1. Ketika menanak nasi, masukkan duahingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
2. Basuh beras hingga beras kelihatanputih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

• Nasi Lembik Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran,cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuknasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempur • Menyukat Air Untuk Beras
1.      Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebutdengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahnya sukatannya sama dengansukatan beras. Setelahberas dibasuh dan diletak air, anda hanya perlu meletakkan jari telunjuk atauhantu anda di atas permukaan beras.
2.     Sukatair sehingga mencecah ruas jari pertama anda dan ia menandakan sukatan airnyasudah mencukupi. Pasti nasi yang ditanak peroi dan elok masaknya.
3.     Andaboleh juga menggunakan sukatan cawan, jika satu cawan beras yang digunakanadalah bersamaan dengan 1¼ cawan untuk airnya. Sekiranya anda menanak nasi yangbanyak, saya lebih suka mencadangkan anda menyukat dengan sukatan cawan.
4.     Sukatanair dengan jari hanya bersesuaian untuk kuantiti beras yang sedikit. Berbezapula dengan beras beriani sukatan airnya adalah bersamaan dengan sukatan beras.Sekiranya 1 cawan mangkuk beras adalah bersamaan 1 mangkuk sukatan air juga.

• Memilih Telur
Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnyapadat.

• Mengelakkan Telur Rebus Pecah
1. Didihkan dahulu air dengan garam.Kemudian masukkan telur ke dalam air.
2. Masukkan telur ke dalam plastik yangberlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik kedalam periuk.

• Menghilangkan Hanyir Telur Goreng 1. Masukkan beberapa titis air asam limau kedalam telur. 2. Kacau sehingga rata selepas itu barulahdigoreng.

• Telur Tahan Lama
1. Bersihkan kesemua telur. Lapkansehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut.Nescaya telur tahan lama.
2. Susunkan telur secara menonggeng(yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.

• Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslahkacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dariberlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama. • Menyegarkan Sayuran Berdaun
1. Hiris sayur-sayuran itu terlebihdahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk.Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
2. Rendam dua helai kertas kosongberwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkussayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya.Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akanbertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada petisejuk.

• Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis
Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyakkelapa. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jeruk Sawi Buatan Sendiri
1. Sawi dipotong, dicuci bersih dandijemur selama 4 jam.
2. Gaulkan dengan garam dan biarkansemalaman.
3. Keesokkan harinya, tuangkan airberas ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.

• Memilih Sayur - Sayuran
1. Kobis : Pilih jenis yang ringan danrongganya besar-besar.
2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebartetapi batangnya kecil.
3. Timun : Pilih timun yang lurus danpangkalnya kurang warna hijau tua.
4. Tomato : Pilih tomato yang warnanyakehijau-hijauan sedikit.
5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurusdan bersih kulitnya.
6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.

• Cara Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarselama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis ataulemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkandan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum

• Cili Mesin Boleh Tahan Lama Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam petisejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklahdipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga keringairnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan didalam peti sejuk.

• Kurangkan Ulat Beras (Bubuk) Jika beras disimpan lama, tentu banyak bubuk akan ditemui di dalamnya. Untukmencegahnya ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan.Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras di atasnya. Buat beberapa lapis.Hasilnya beras anda tidak lagi di serang oleh bubuk.

• Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakanbekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan)sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendirberkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

• Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yangtelah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cucibuah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnyabuah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan.

• Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus,sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusandan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.

• Mematikan Ikan Keli Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya akan menyebabkan isi ikantersebut rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam kedalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan tersebutakan mati. Selamat mencuba .

• Melemakkan Masakan Pulut Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudianmasak denga air kelapa.

• Menanggalkan Kerak Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebutselama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengansendirinya.

• Harumkan Bawang Tumis Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itudicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketikamenumis. Pasti wangi baunya .

• Hilangkan Hanyir Ikan Keli Rendamkan ikan keli yang sudah disiang ke dalam air sagu lebih kurang 5 - 10minit. Selepas itu basuh ikan keli tersebut dengan air bersih. Ikan kelitersebut tidak akan berbau hanyir apabila dimasak.

• Mengurangkan Rasa Pedas Cili Sebelum cili hijau, cili padi atau cili merah dimasak gulai, bukan sahajatampuknya perlu dibuang tetapi bahagian hujung cili juga harus dibuang jikahendak mengurangkan rasa pedas apabila dimakan.

• Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yanghendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.
Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepasdikeluarkan dari peti sejuk. atau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.

• Merangupkan Kentang Goreng Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebutdengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut kedalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hinggakentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yangbanyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya sepertiyang dibeli dari kedai makanan segera.
·         Ikan Bakar Lebih Enak
Jika ingin ikan bakar lebih sedap rasanya,selepas di cuci ikan tersebut hendaklah diperapkan dengan sedikit asam jawa danair. Biarkan selama beberapa minit sebelum di bakar atau dipanggang.
·         Mengatasi bau hamis daging kambing
Ramai yang kurang menyukai daging kambing keranabaunya yang hamis. Atasinya dengan mengisar daun serai, daun limau purut dandaun pandan. Campurkan dengan sedikit tepung gandum, garam dan air limau nipis.Perapkan daging kambing yang telah dipotong dengan bahan-bahan tersebut selamasatu jam. Kemudian cuci daging tersebut hingga bersih.
·         Jemput-jemput lembut dan enak
Enaknya jemput-jemput bila dihidangkan sebagaisajian petang. Untuk membuat bemput-jemput yang lebut dan sedap, ikuti petuaini. Rendamkan beberapa keping roti di dalam air dan biarkan seketika. Gaulkanroti tersebut bersama bancuhan tepung. Kemudian goreng jemput-jemput sepertibiasa.
·         Elak ikan masin digoreng hancur
Ikan masin terutamanya gelama akan mudah hancurbila digoreng. Bagi mengatasi masalah ini, taburkan sedIkit tepung gandum padaikan terlebih dahulu sebelum digoreng.
Selamat mencuba!!!



No comments