Breaking News

Bermulanya perjalanan balik raya

Sejak semalam lagi, 12 June 2018, kebanyakan umat Islam yang tinggal di bandar-bandar besar, terutamanya di Lembah Klang telah memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing.

Ada yang menempuh perjalanan sehingga 18 jam untuk sampai ke destinasi masing-masing, terutamanya yang menuju ke Pantai Timur.

Pada 13 June 2018 juga keadaan trafik amat sesak di PLUS arah utara disebabkan kemalangan yang berlaku di Simpang Pulai. Dilaporkan terdapat lori yang terbalik, namun penulis telah memulakan perjalanan jam 1.30 petang dari Bandar Puncak Alam dan dapat mengelakkan kesesakan tersebut.

Kesesakan juga berlaku selepas exit Slim River di mana penulis telah mengambil jalan pintas tanpa tol di Slim River.

Moga semua pemandu berhati-hati serta bertimbang rasa semasa memandu agar musibah dapat dielakkan.

No comments