Breaking News

Selamat mengundi buat rakyat Malaysia


Esok, 9 May 2018 merupakan detik bersejarah bagi penduduk negara ini apabila mereka akan keluar membuang undi bagi menentukan kepimpinan negara untuk 5 tahun akan datang.

Seluruh rakyat diseru agar membuat pilihan yang bijak bagi menentukan hala tuju yang betul untuk kesejahteraan semua rakyat berbilang kaum. Politik perkauman dan agama yang melampau haruslah diketepikan dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju.

Banyak yang berlaku akhir-akhir ini sekiranya kita peka terhadap isu semasa tanpa kita taksub kepada kumpulan kita sahaja.

Oleh itu, keluarlah awal pagi untuk membuang undi agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Sekali lagi, selamat mengundi buat semua.

No comments