Breaking News

Polis belum mendapat permohonan permit Himpunan Merdeka Rakyat




























Sehingga hari ini, pihak polis belum mendapat permohonan permit bagi perhimpunan Himpunan Merdeka Rakyat seprti yang di war-warkan dalam media sosial yang dijadualkan berlangsung di Padang Timur, Petaling jaya 16 May 2018 bermula jam 5.30 petang.

Bagi penulis, diharapkan semua pihak terutama penyokong Pakatan Harapan dapat mematuhi sebarang undang-undang yang telah ditetapkan. Kemenangan yang dicapai memrlukan kita menjadi lebih rendah diri serta meneruskan agenda reformasi bagi mencapai cita-cita sebuah negara yang telus dan berkebajikan.

Budaya berhimpun, jika boleh dielakkan, kita elakkan untuk mengurangkan ketegangan yang mungkin menimbulkan provokasi dari pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.

Apapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mendapat pengampunan diraja pada hari ini, Rabu 16 May 2017.

Sepenuh kepercayaan harus diberikan kepada Tun Mahathir bagi membolehkan beliau meneruskan agenda reformasi serta menstabilkan ekonomi negera sebelum berundur bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara ke arah yang lebih cemerlang dan sejahtera.

Sila rujuk Sinar Harian Online untuk berita selanjutmya.



No comments