Breaking News

Perhimpunan menyambut pembebasan Anwar Ibrahim



Ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Padang Timur, Petaling Jaya sejak jam 5 petang bagi mengalu-alukan pembebasan beliau dari penjara setelah mendapat pengampunan diraja pada 16 May 2018.

Puluhan peniaga juga mengambil kesempatan membuka gerai jualan bagi menambah pendapatan di samping bersama meraikan hari paling bermakna bagi pejuang reformasi.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjamaah di tepi padang dan diteruskan dengan solat sunat tarawih.

Anwar Ibrahim tiba lebih kurang jam 9.45 malam dengan sedikit kekecohan bila para hadirian tidak sabar untuk melihat beliau dari dekat.

Moga pembebasan ini akan membawa angin perubahan buat negara kita.

No comments