Breaking News

MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM

*MENJAWAB TULISAN RIDUAN TEE (RT) DAP MUSUH ISLAM ,*



Sebelum ni saya rasa tidak perlu menjawab tulisan penuh beremosi Riduan Tee yang tersebar.

Tetapi kerana kelihatan begitu ramai hanyut dengan tulisan yang jelas bertujuan mengapi2kan sentiment agama dan perkauman ini, maka saya terpanggil untuk memberi sedikit komen.  Jangan kecam saya, kerana saya tidak berhasrat membela DAP atau PH.

Tulisan RT dengan tajuk 10 tanda DAP musuh Islam.

1. Tujuan tulisan saya adalah bertujuan untuk mencerdaskan dan mensejahterakan pemikiran umat Islam melayu agar dan tidak dicemari pemikiran picisan seperti yang diketengahkan oleh tulisan RT ini.

2. Saya mohon bertanya ; Apakah Islam mengajar kita dengan mudahnya boleh menghukum seseorang sebagai MUSUH ISLAM (kafir harbi - yang layak di tumpahkan darah) hanya kerana hujah picisan RT? Hujah mengenai “Duit raya”. Sebutan “Adios”. Perspektif yang salah terhadap Dr Zakir Naik. Pertikaian peribadi dengan Datuk Ahmad Darus.?

3. Ulama deobandi juga mempunyai pandangan yang kritikal terhadap Dr Zakir Naik (yang saya hormati). Apakah itu menjadikan ulama deobandi sebagai musuh Islam?

4. Memberi maklumbalas mengenai kandungan khutbah pun tak boleh?
Umum mengetahui ramai Jemaah jumaat sering merungut kandungan khutbah yang adakala terlalu membodek dan membosankan. Apakah ini rungutan ini menjadikan mereka sebagai musuh Islam?

5. Mungkin RT dan orang ramai tak tahu bahawa di negeri yang diperintah DAP para khatib boleh berkhutbah tanpa teks.  Khatib bebas belasah apa saja yang mereka nak cakapkan di mimbar khutbah.  Malah ada khutbah yang jelas mengkritik kerajaan negeri sendiri.  Ada anda pernah dengar DAP komplen dan ganggu kutbah di Penang?  Adakah negeri lain yang tak diperintah oleh DAP memberi kebebasan yang sebegitu luas kepada para khatib untuk berkhutbah tanpa teks?

6. Ganggu urusan fatwa.
Pejabat Mufti Pulau Pinang sendiri dah buat kenyataan bahawa tuduhan ini tidak benar. Anda nak percaya pejabat Mufti atau RT?

7. Mempersoalkan laungan azan.
Tahukah anda terdapat perkeliling daripada pejabat Mufti Pulau Pinang yang menggalakkan AZAN subuh DUA KALI di masjid2/surau di Pulau Pinang. Negeri yang diperintah DAP bukan sahaja TIADA halangan untuk azan malah  jumlah azannya melebihi negeri lain.  Ini fakta.  Masih mahu anggap DAP anti azan?  YDP PAS yang lantang memfitnah DAP larang azan di Pulau Pinang (seperti video yang diviralkan), pun dah minta maaf atas fitnahnya.

8. Mengenai larangan bacaan al quran dll (selain azan) melalui pembesar suara luar.  TGNA pun pernah nyatakan bersetuju dengan pandangan ini.  Malah istana Selangor telah mengeluarkan pekeliling agar hanya azan sahaja menggunakan pembesar suara luar. Apakah ini menjadikan TGNA dan istana sebagai musuh Islam?

9. Tuduhan2 RT yang lain, bersifat  terlalu umum tanpa asas yang jelas.  Begitu juga tuduhan DAP mempersendakan hudud. Benarkah? DAP berhujah dengan hujah “perlembagaan” dan “undang2” _(walaupun ianya mungkin hny satu alasan)_  Mereka berhujah atas asas tidak wajar ada dua undang2 jenayah dalam satu negara dan masyarakat Malaysia adalah majmuk.  Tugas kitalah untuk menjawab dan berhujah.  Malangnya RT tidak berminat berhujah/dakwah tetapi lebih cenderung buat kerja mudah iaitu menghukum.  Pihak yang sebenarnya mempersendakan hudud adalah seperti pemimpin MCA/Gerakan yang menghina hukum hudud sebagai ketinggalan zaman dsb.

10. RUU355 :
Siapa yang bangun dan membacakan tajuk usul RUU355 dan minta tangguh?. Bukan sekali, malah dua kali. Bukankah PAS sendiri yang minta tangguh?  Malah kali ketiga apabila Azalina bangun mencadangkan persidangan diteruskan tanpa pebahasan RUU355, *KENAPA PAS DIAM?* Malah bersetuju pulak dengan BN utk tidak dibahaskan.  Jika anda ahli PAS, pernah kah anda bertanya *KENAPA PAS DIAM* ketika itu, biarkan RUU355 tergantung tanpa dibahaskan seperti yg pimpinan PAS menjerit2 kat luar hingga nk tanam org dijirat.

Menjelang persidangan Parlimen terakhir  *KENAPA PAS DIAM* Dan tidak berkeras minta usul RUU355 dibahaskan/undi, walaupun telah tercatat dalam jadual persidangan.

*RUU355 dan Hadi*

Ringkasan Proses Pengusulan RUU di Parlimen:

1. Pengusul (Hadi Awang) perlu mohon daripada Speaker untuk bentang usul RUU ( Hadi buat yang ni sahaja)
Tindakan Hadi: ✅

2. Pengusul (Hadi Awang) perlu mohon daripada Speaker untuk
bahas usul RUU
Tindakan Hadi: ❌
_(Hadi mengelak untuk buat yang ni.. asyik ponteng sidang 🤦🏻‍♂)_

3. Speaker akan buat undian dan kiraan ( part ni MP pas jadi pasu bunga) 🤣🤣

Proses ringkas diatas supaya walaun PAS faham apa yang Hadi dah buat kat parlimen tentang RUU355... bentang lepas tu elak nak bahas 😅

Selamba je tanpa rasa salah Hadi tunggang isu agama untuk tujuan politiknya setelah berapa banyak orang yang dijirat cina dan dicerca dek isu RUU355....

#Undi PH
#Pangkah Logo Parti Keadilan Rakyat

Sumber: Penulis media sosial

No comments