Breaking News

Syarat-syarat sebelum meninggalkan negara



Sekiranya anda ingin meninggalkan negara, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pastikan sebelum berlepas atau menempah pernerbangan ke mana-mana negara. Berikut adalah antara syarat-syarat yang dipetik dari laman web MyGovernment. 

i.  Mempunyai Pasport atau Dokumen
a) Setiap orang perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang sah.
b) Dokumen-dokumen tersebut mesti laku enam bulan ke atas.

ii.  Mempunyai Pas
a)Pas adalah satu jenis endosmen dalam sesebuah pasport atau mana-mana dokumen perjalanan asing yang diiktiraf yang menunjukkan bahawa pemegang telah mendapat kebenaran atau permit untuk berada atau tinggal di Malaysia.
b)Tempoh pas mestilah sah berlaku.

iii.   Mempunyai Pas Masuk Kapal
a)Setiap pelawat perlu mengemukakan pas masuk 'Boarding Pass' sebagai bukti penumpang tulen

iv.   Bukan Orang Yang Tidak Dibenarkan Meninggalkan Malaysia
a)Penumpang perlu memastikan mereka tidak tersenarai sebagai orang yang tidak dibenar meninggalkan Malaysia. Jika tersenarai di dalam senarai orang yang tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia, sila dapatkan surat kemudahan berlepas daripada Bahagian Keselamatan & Pasport Jabatan Imigresen Malaysia bagi mereka yang telah mendapat perlepasan dari agensi yang berkaitan.

Selain itu anda boleh memeriksa status anda dalam laman web Jabatan Imigresen berkenaan status imigresen anda. Jika anda seorang peminjam PTPTN dan masih mempunyai baki hutang yang belum dilunaskan, elok lah berbuat demikian.

Semak status anda di sini. 


No comments