Breaking News

Piala FA: Durakovic harap prestasi dikekalkan




Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, berharap anak buahnya dapat mengekalkan mometum permainan setelah Liga Malaysia berehat panjang.

Perak akan beradu kekuatan di venue lawan menentang Selangor dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Sebelum rehat, rentak pasukan sangat bagus.  Kami menang tiga perlawanan mengatasi Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor dalam saingan Piala FA dan Liga Super," katanya. 

Perak mula menunjuk taringnya dengan menyumbat sembilan gol dalam tiga perlawanan, namun Durakovic agak bimbang penangguhan panjang itu mungkin boleh menjejaskan persembahan pasukannya.

"Saya risau rentak pasukan Perak lari berikutan rehat terlalu lama. Persiapan kami juga terjejas apabila lima pemain dipanggil menyertai latihan pasukan kebangsaan.
 
"Saya tidak boleh buat apa-apa berikutan kekurangan pemain. Namun, saya faham kerana keutamaan perlu diberikan kepada pasukan kebangsaan," katanya lagi.


Sumber: Stadium Astro

No comments