Breaking News

Perkhidmatan Uber dan Grab akan dikaji semula oleh Tun M

Sempena pikihanraya kali ini, pelbagai parti politik datang dengan janji-janji untuk menambat hati pengundi untuk menyokong mereka pada PRU ke 14 pada 9 May nanti.

Beberapa media seperti Sinar Harian dalam laporan mereka bertarikh 28 April lalu menyatakan bahawa Tun M akan menghapuskan e-hailing servis seperti Grab yang diketahui ramai menjejaskan pendapatan para pemandu teksi.

Namun jika mengikut teks laporan mereka, Tun M memang mengakui bahawa perkhidmatan seperti Grab menjejaskan pemandu teksi. Apa yang Tun M katakan seperti dalam laporan, bahawa Tun M akan mengkaji perkara ini disamping mencari jalan untuk membela nasib pemandu teksi.

Namun, dalam zaman teknologi serba canggih ini, ramai netizen lebih selesa dengan perkhidmatan yang berasaskan telefon pintar, dan bukan sesuatu yang pelik jika Grab mendapat tenpat di kalangan generasi baru.

No comments