Breaking News

Peluang pendapatan keyword dalam carian Google


Kebanyakan hasil carian menggunakan frasa "peluang pendapatan " akan menghasilkan carian yang agak megujakan. Mana mungkin kita tidak terpesona dengan imlian memperolehi pendapatan puluhan ribu sebulan dengan hanya membhat kerja dari rumah.

Namun kebanyakan mereka tidak menceritakan dengan jelas produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sehingga mampu memperolehi puluhan ribu sebulan.

Penulis tidaklah mengatakan semua skim atau peluang yang ditawarkan semuanya dalam bentuk penipuan. Apa yang ingin disampaikan di sini, adalah untuk kita berhati-hati dengan sebarang bentuk peluang pendapatan yang ditawarkan.

Di negara kita, seperti yang selalu diwar-warkan di dalam media, Malaysia merupakan antara pusat tumpuan bagi scammers untuk menjalankan operasi mereka. Telah sekian kalinya rakyat negara kita mudah terjebak dalam kes keldai dadah, black money, skim piramid, Higway Group dan seumpamanya 

Ingatlah, bukan senang nak senang, semuanya memerlukan usaha. Namun usaha tersebut haruslah melalui jalan yang halal dan sah di sisi undang-undang sesebuah negara.



No comments