Breaking News

Lawak PRU 14


Banyk perbezaan antara 3 pasukan pesaing yg terhebat dlm liga super PRU 14.

BN united, juara bertahan 13 musim berturut turut sejak drpd nama asal Perikatan FC lagi kali ini berdepan cabaran paling sengit kerana terpaksa berdepan dua pasukan pesaing yg berbeza.

Pasukan baru,Pakatan Harapan FC yg diterajui Alex Dir Ferguson jelas serius ingin merampas kejuaraan.

Manakala pasukan underdog PAS FC tidak bulih dipandang lekeh kerana pasukan ini mempunyai semangat juang yg tinggi dan penyokong ultrasnya yg padu.

BN united yg diterajui Ryan jibbs, bekas anak didik Alex Dir nampak bermasalah selepas menjuarai Liga super 13 dahulu. Mereka menyingkirkan ramai pemain regular mereka termasuk penyerang berbisa Muhyidden, shafie dan mukhriz yg kini bermain pasukan Pakatan.

Tapi menjelang kick off kejuaraan mereka semakin stabil, barisan pertahanan nampak semakin mantap walaupun kadang kadang mudah lolos. Jika dahulu kekuatan mereka dgn dua sayap kanan dan kiri, tapi kali ini sayap kiri Sharizat sgt leweh,larian slow dan tiada crossing tepat.

Sayap kanan Khairi masih lagi konsisten sbg senjata utama mereka.Striker mereka secara tradisi kekal bahaya.

Pakatan FC pulak,begitu galak membeli bekas pemain bahaya lawan.
Mereka nampak mantap terutama barisan serangan.

Mereka pasti akan bermain taktikal menyerang bertubi tubi, attacking midfielder dan striker yg hebat dibawa masuk drpd BN united. Winger pulak mantap, Husam dan Mat sabu aggresif tapi mudah dapat kad merah. Striker Lim Guang Eng, Azmin dan Muhyiden sgt bahaya sekali.

Kelemahan utama PH FC adalah barisan pertahanan. Mereka langsung tak fokus memperkuat barisan pertahanan. Mereka pasukan tahu menyerang saja.

Satu lagi, penyokong mereka tidak padu walaupun ramai, mereka mudah boo pemain sendiri dan berpotensi berpaling tadah kerana pasukan baru biasanya sebegitu.

PAS FC, pasukan ini bergantung kpd taktikal counter attack Marcelo Haddi Lippi.

Semangat juang pemain dan penyokong sgt luar biasa. Ramai penyokong lawan mencemburui ultras PAS yg menyokong tanpa henti hingga wisel penamat.

Kelemahan mereka adalah taktikal tapi semangat all out mereka bulih mengatasi kekurangan taktikal mantap.

Mereka juga ada ramai pemain muda yg berskill tinggi, kehilangan  pemain senior spt Mat Sabu, Matfuz, Husam dan lain lain semakin menguatkan pasukan ini.

Selamat berjuang kpd semua pasukan.

No comments