Breaking News

Top 5 Small Business in Malaysia

Memandangkan ekonomi negara masih lagi mempunyai peluang untuk berkembangan di samping keperluan rakyat untuk menambahkan pendapatan sebagai langkah-langkah berjaga untuk masa depan.
Selain itu mereka yang menceburi sesuatu perniagaan adalah untuk mengembangkan 'capital' yang mereka ada.
Untuk tahun 2018, terdapat beberapa peluang dalam sektor yang sesuai bagi anda untuk memulakan perniagaan. Antara sektor yang terpilih dan sesuai adalah seperti di bawah;
1. Agensi Pelancongan.
Memang diketahui bahawa kebanyakan rakyat Malaysia suka melancong dan ini peluang terbaik untuk anda memulakan bisnes anda. Modal yang sederhana diperlukan untuk perniagaan sebegini. Anda boleh lawati bank terdekat untuk khidmat nasihat seterusnya.
2. Fesyen
Seperti yang kita maklum, kebanyakan rakyat negara ini suka berfesyen, dan tidak hairan jika kebanyakan artis menjadi idola mereka dalam berfesyen. Butik-butik yang menjual pakaian kasual serta tudung menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Fesyen berasaskan citarasa tempatan amat laris dan mempunyai potensi yang besar.
3. Makanan
Sekiranya anda berjalan-jalan sekitar jalan-jalan utama di Lembah Klang atau lbandar-bandar utama, anda pastinya terlihat gerai-gerai yang tumbuh umpama cedawan selepas hujan. Ini menunjukkan bahawa bidang makanan mempunyai potensi yang besar. Food truck juga agak trending kebelakangan ini selain sifatnya yang mobile memudahkan peniaga mencari pelanggan serta tempat yang sesuai untuk berniaga.
4. Membaiki handphone dan aksesori
Kebanyakan rakyat Malaysia memiliki handphone dan peluang anda membuka kedai membaiki handphone pastinya akan memberikan pulangan yang setimpal hasil usaha anda. Namun, ini memerlukan kemahiran walaupun modalnya tidaklah besar.
5. Perkhidmatan Taxi, Uber, Grab
Sekiranya anda mempunyai kereta yang masih di bawah usia 7 tahun, anda boleh mencuba sebagai pemandu teksi ataupun Uber/Grab di masa lapang anda. Semua ini memerlukan disiplin dan perancangan yang sesuai untuk anda mulakan kerjaya sebagai pemandu Uber ataupun Grab.
Selamat Maju Jaya.






No comments