Breaking News

Ahli Pas bertanding atas tiket PH?, Hadi enggan ulas

Oleh Muhafandi Muhamad, Astro Awani, 24 Mac 2018

KUALA TERENGGANU : Isu pancing memancing calon semakin panas menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Terbaharu khabar angin bertiup kencang berhubung dakwaan ahli Pas yang bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU ke-14 di Terengganu.

Namun desas-desus tentang dakwaan berkenaan masih belum terjawab ekoran Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas ketika ditanya pemberita semalam.
"Tanya orang Kuala Terengganu," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita selepas ceramah Perdana HARAP di sini pada Jumaat malam.

Sumebr: Astro Awani

No comments