Breaking News

Memahami risiko cryptocurrency


Memilih satu token digital atau lebih dan menjadikan ianya satu mata wang rasmi sesebuah negara boleh menjerumuskan negara ke dalam risikl kewangan yang menakutkan. 

Digital token biasanya digambarkan sebagai berfungsi sebagai mataeang, namun ianya tiada asas untuk disandarkan sebagai nilai kepada matawang tersebut berbanding mata wang konvensional. Dan amat jelas bahawa sesetengah token digital tiada jaminan, mendedahkan mereka kepada spekulasi dan sentimen oleh mereka yang berkepentingan. 

Untuk itu penulis menasihatkan agar pengguna, rakyat Malaysia yang antaranya teruja dengan matawang  digital agar berhati-hati kerana akan ada yang mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan di atas keinginan untuk memiliki matawang digital atas andaian ianya mempunyai potensi yang tinggi. 

Polisi terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara yang merangkumi pengubahan wang haram dan keganasan dengan pengggunaan matawang digital harus diterima baik dan dijadikan kempen kesedaran buat kita semua. 

Selain itu, Facebook juga telah mengharamkan iklan-iklan berkaitan bitcoin dalam laman mereka. 

Ini seharusnya menunjukkan peringatan kepada kita tentang salah guna dan penipuan yang mungkin timbul dafi urusniaga berkaitan bitcoin.

Dan mereka yang mastermind dalam ponzi skim dan penipuan Internet pastinya akan mengambil kesempatan dari keghairahan warga Internet terhadap cyrptocurrencies.







No comments