Breaking News

Manchester United tewaskan Liverpool di Old Trafford

Jose Maurinho sekali lagi mengatasi Jurgen Klopp dari segi taktikal apabila menewaskan Liverpool dengan jaringan 2 - 1. Dua gol awal hasil jaringan Marcus Rashford sudah memadai bagi United menjarakkan kedudukan dengan Liverpool kepada 5 mata di tempat ke tiga.
Manchester United berjaya menguasai bahagian tengah seterusnya menggagalkan hantaran kepada tiga pemain bahaya Liverpool iaitu Salah, Mane dan Firminho. Sehingga para penonton tidak melihat aksi Salah sehinggalah beliau membuat satu percubaan tersasar pada lewat permainan.
Berbanding jangkaan awal, kebanyakan para pundit meramalkan Liverpool akan menewaskan Manchester United sekurang-kurangnya dengan jaringan 3 gol.
Namun perebutan sebagai naib juara masih terbuka antara Liverpool dan Manchester United. Sementara untuk juara liga, kedudukan Manchester City agak sukar digugat.

No comments