Breaking News

KONSERT HELLOWEEN DI MALAYSIA TAMPIL ANGGOTA ASAL


Kumpulan rock evergreen dari barat iaitu Helloween akan mengadakan persembahan dengan anggota asalnya pada pada 28 April 2018 jam 8.30 malam. 

Konsert yang diberi nama Pumpkins United Tour 2018 Live In Malaysia akan diadakan di Dewan tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) , Selangor. 

Para peminat boleh mendapatkan tiket yang telah pun mula dijula dan ia berharga antara RM195 hingga RM800 (pembelian awal sehingga 18 Mac ini), manakala RM295 sehingga RM900 iaitu selepas promosi pembelian awal itu berakhir. 

Sebarang pertanyaan berhubung pembelian tiket dan konsert tersebut, sila hubungi 03-78807999 atau layari  www.ticketpro.com.my atau www.soundvalleyfestival.com.



No comments