Breaking News

Kejohanan Badminton antara Fasa-fasa Bandar Puncak Alam





Kegiatan sukan selain untuk tujuan kecergasan dan kesihatan, ianya mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat dalam sesuatu komuniti.

Begitulah antara tujuan sukan antara Fasa atau dipanggil SUKAF yang dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Bandar Puncak Alam yang diketuai oleh En Mohd Hanif.

Kemenangan bukanlah matlamat utama bagi mereka yang menyertai kejohanan ini. Ukhuwah dan semangat persaudaraan lebih diutamakan dalam penganjuran sukan ini.

Sukan adalah antara salah satu wadah yang boleh mendekatkan masyarakat dan seterusnya menggalakkan kehidupan berharmoni.

Tahniah buat MPP Bandar Puncak Alam yang telah berjaya menganjurkan kejohanan ini di samping aktiviti-aktiviti yabg telah pun dilaksanakan sebelum ini.


No comments