Breaking News

Kanak-kanak mati kepanasan dalam kereta ibu



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun meninggal dunia akibat kepanasan selepas ditinggalkan selama 4 jam di dalam kereta ibunya.

Kejadian di katakan berlaku pada 14 Mac 2018 jam 9 pagi di kawasan meletak kereta Kolej Vokasional Port Dickson.

Ibu mangsa, seorang pensyarah di kolej berkenaan tidak menyedari mangsa berada di kerusi belakang yang sepatutnya di hantar ke rumah pengasuh di Kampung Paya.

Kejadian seperti ini seharusnya diambil iktibar buat kita semua. Hidup kita harus diuruskan dengan betul dan elakkan melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.

No comments