Breaking News

Jangan siarkan gambar MyKad di laman sosial


Jika anda selalu melayan kumpulan Whatsapp, melayari FB dan seumpamanya, pastinya anda terjumpa mesej-mesej yang disertakan gambar kad pengenalan. Mesej ini biasanya berkaitan dengan kemalangan, mencari orang yang hilang atau seumpamanya.

Tidak dinafikan bahawa niat mereka yang mendedahkan maklumat sebegini adalah baik. Namun tanpa kita sedari, maklumat sebegini boleh mengundang risiko jenayah dan juga kegiatan menggodam oleh penjenyah.

Mereka yang memuat naik kad pengenalan orang lain pula boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perlundungan Data Peribadi 2010.

Salinan MyKad di laman sosial boleh mengundang masalah kepada pemilik seperti digunakan untuk membuat pinjaman bank, pendaftaran perkhidmatan telco dan lain-lain.

No comments