Breaking News

Harimau Malaya masih kemarau kemenangan

Nampaknya pasukan Harimau Malaya masih lagi dahagakan kemenangan apabila diikat oleh pasukan Mongolia dengan keputusan 2-2. Kali terakhir Malaysia mencatatkan kemenangan adalah dalam tahun 2016 keita menewaskan pasukan Kemboja.

Namun perlawanan ini adalah perlawanan kompetitif pertama di bawah kendalian jurulatih negara, Tan Cheng Hoe yang mengambil alih dari jurulatih dari Portugal, iaitu Vinggada. Vinggada sepanjang kendaliannya, gagal mencatatkan sebarang kemenangan.

Keseluruhannya pasukan negara menunjukkan peningkatan dengan coran permainan hantaran pendek dan kemas. Namun seperti kebiasaan, bahagian pertahanan masih lagi hilang fokus dan melepaskan bola dengan mudah. Selain itu faktor kekurangan pengalaman penjaga gol negara juga menymbangkan kepada keputusan malam ini.

Moga Tan Cheng Hoe dapat memperkemaskan lagi permainan dan cepat memperbaiki bahagian yang bermasalah.


No comments