Breaking News

Grab beli Uber di Asia Tenggara


Firma perkhidmatan kereta sewa yang beroperasi dari Singapura, Grab semalam telah membeli syarikat pesaingnya dari USA seterusnya menamatkan persaingan sengit buat sekian kalinya. 

Sebagai balasan Uber diberikan 27.5 peratus kepentingan dalam Grab. 

Sebelum ini Uber dan Grab terlibat dalam persaingan merebut pasaran di Asia Tenggara yang memiliki 650 juta penduduk.

Bagaimanapun, Grab yang beroperasi di 195 buah bandar utama di Asia Tenggara menjadi kuasa dominan dalam platform kereta sewa sekaligus memberi tamparan hebat buat Uber. 

Sehingga kini, kita belum dapat pastikan apakah nasib yang bakal menimoa pemandu-pemandu Uber sedia ada. 

Moga syarikat Grab dapat menyerapkan mereka sebagai pemandu Grab secara automatik. 






No comments