Breaking News

Bahaya pil rangsangan seks

Kebelakangan ini, semakin banyak iklan berkenaan ubat kuat di media sosial. Kadang0kadang sumber dan kelulusan ubat tersebut amat diragui.

Bagi anda yang pernah menggunakannya, diharap berhati-hati dan selalu lah mendapatkan nasihat doktor berkenaan perkara ini. Ingatlah, bahawa dalam hidup kita, seks bukannlah matlamat utama kehidupan. Kenikmatan sementara yang kita cari mungkin mendatangkan kemudaratan buat kita sepanjang hayat.

Oleh itu berhati-hatilah.

Berikut adalah petikan akhbar Utusan Malaysia berkenaan pil rangsangan seks.

Pil Viagra - Ramai tidak hirau kesan sampingan


MALAYSIA adalah antara negara pengguna terbesar pil Viagra dengan 40,000 orang mendapat priskripsi ubat ini secara tetap.
Bagaimanapun, ia tidak termasuk jumlah mereka yang menyalahgunakan pil berkenaan.
Viagra - ubat perangsang seks menarik perhatian ramai lelaki terutama yang muda untuk menggunakannya walaupun ia tidak baik untuk kesihatan.
Persoalannya, apakah penggunaan meluas pil Viagra di kalangan lelaki Malaysia disebabkan faktor kesihatan atau kerana kepentingan komersial.
Wartawan Keluarga, Roslah Othman membuat tinjauan sejauh mana kisah Viagra yang dikatakan mampu meningkatkan rangsangan seks mempengaruhi lelaki negara ini.
(keluarga@utusan.com.my)
PADA tahun 1997 dan 1998, jumlah lelaki yang mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunstion) atau ED mencecah kepada 1.7 juta orang. Menurut Ketua Klinikal Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Mohd. Ismail Thamby, daripada jumlah itu, hanya enam peratus lelaki mendapatkan rawatan doktor.
``Apabila usia meningkat, makin banyak masalah ED dan masalah ini memang agak ketara.
``Tetapi kita dapati, hanya enam peratus lelaki mendapatkan rawatan doktor untuk mengatasi masalah itu,'' katanya.
Dalam satu pertemuan dengan Keluarga baru-baru ini, beliau berkata, LPPKN pernah mengadakan kajian untuk melihat kadar mati pucuk di kalangan mereka berumur lebih 40 tahun pada tahun 1997.
Kajian itu diadakan dengan kerjasama Frank Small & Associate dan juga pakar dari New England Research Institut di Boston.
``Hasilnya, kita mendapati 1.7 juta lelaki negara ini yang berumur 40 tahun ke atas mengalami ED,'' katanya.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz59DmA9SG9 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments