Breaking News

Obama tunduk pada budak 5 tahun?

Barack Obama

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT- Kisah mengenai sekeping gambar ini pernah mengemparkan Amerika Syarikat (AS) ketika dahulu, mana tidaknya gambar yang memperlihatkan 'kehebatan' seorang budak lelaki berusia lima tahun berjaya 'menundukan' orang paling berkuasa di dunia iaitu Presiden Barack Obama.

Setelah sekian lama gambar ini menjadi misteri kini cerita disebalik gambar itu telah disiarkan dan menjadi sensasi di internet.

Memetik laporan worldobserve.online, gambar itu diambil oleh jurugambar White House iaitu Pete Souza pada tahun 2009 selepas lima bulan Obama menjadi Presiden AS.

Kanak-kanak lelaki itu bernama Jacob yang mana ayahnya adalah bekas tentera marin, mereka berlepas ke White House selepas persidangan Majlis Keselamatan Negara dan menjadi satu adat dimana selepas persidangan itu orang yang berada di dalam White House meminta untuk bergambar bersama presiden.

Dan ketika itulah momen ini berlaku. Tatkala itu Jacob bertanya satu soalan kepada Obama, katanya: "...saya ingin tahu jika rambut saya adalah sama seperti anda."

Obama tidak dapat mendengar dan meminta Jacob mengulangi soalannya.

Apabila mendengar soalan itu Obama menjawab: "...mengapa kamu tidak sentuh dan lihat sendiri," kata Obama.

Lantas Jacob pun menyentuh rambut Obama sambil presiden itu menundukkan kepalanya.

Selepas itu Jacob berkata, "Ya, saya merasakan ia sama", katanya dan saat itulah Souza merakamkam potret gambar tersebut.

Sejak momen itu berlaku  jurugambar White House telah mengambil gambar-gambar baharu untuk dipaparkan setiap gambar.

Menurut salah seorang jurugambar White House orang ramai mula ingin untuk bergambar bersama Obama apabila melihat gambar tersebut.

Gambar itu masih tergantung di West Wing sehingga hari ini .

No comments