Breaking News

Kecelaruan minda masyarakat Malaysia - hanya kerana sebiji bola

Mungkin juga rusuhan di stadium Terengganu selepas perlawanan antara LionsXII dan Terengganu pada perlawanan separuh akhir Piala FA adalah menifestasi kecelaruan minda mayarakat.

Kemungkinan besar, desakan dan tekanan hidup menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan tertekan. Pemimpin atasan mungkin memandang perkara ini tiada kaitan dengan kos sara hidup yang tinggi. Namun tidak dinafikan sifat individu itu sendiri yang tidak boleh menahan sabar selain kurangnya pegangan agama menjurus kepada tindakan luar kawal sebegini.


No comments