Breaking News

Suatu hari di Bukit Malawati

Berkesempatan melawat tempat paling bersejarah di negeri Selangor, iaitu Bukit Malawati yang terletak di bandar lama Kuala Selangor.

Pada hari biasa anda boleh menaiki bukit ini menggunakan kenderaan anda. Namun pada cuti umim, tren disediakan untuk anda ke atas bukit. Tiket untuk tren tidaklah mahal, seingat saya tidak melebihi RM5 untuk orang dewasa.

Di atas sana, anda juga boleh memberi makanan kepada lotong yang sngat jinak dan tidak agresif seperti spesis monyet yang lain. Namun hati-hati dengan telefon bimbit anda agar tidak dikebas mereka.

Sama-sama kita majukan industri pelancongan dalam negara.

No comments