Breaking News

Kesan banjir di Kelantan 2015


Banjir dah mulai reda dan ramai yang telah kembali ke rumah masing-masing. Namun yang kembali belum tentu dapat tidur dengan lena, kerana kebanyakan rumah telah rosak dan ada yang mengalami kemusnahan sepenuhnya. 

Diharapkan pihak kerajaan dapat membantu mereka yang memerlukan. Jangan hanya bantuan diperlukan pada setiap kali pilihanraya sahaja.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah memberikan bantuan selama ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Buat mereka yang ditimpa musibah ini, hadapi lah dengan tenang. Semua ini adalah ujian Allah untuk mengangkat martabat hambaNya ke tempat yang lebih tinggi.



No comments