Breaking News

10 tips untuk menjaga kemesraan dan mengekalkan sifat romantik pasangan yang dikompilasi daripada hadis-hadis dan riwayat yang menceritakan tentang kehidupan berumahtanga Rasulullah S.A.W.

1. Suami membukakan pintu untuk isterinya (kendaraan/
rumah/dll)
Istilah yg cukup akrab di telinga kita yg katanya orang-
orang moden ini. "Ladies First". Ini sudah dilakukan
Rasulullah S.A.W. sejak berabad-abad yang lalu, di saat
kebudayaan lain di dunia menganggap wanita lebih
rendah, bahkan diragukan statusnya sebagai "manusia".
Dari Anas, dia berkata : "Kemudian kami pergi menuju
Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Rasulullah S.A.W.
menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di
belakang beliau untuk Shafiyyah. Kemudian beliau duduk
di samping untanya sambil menegakkan lutut beliau dan
Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau
sehingga dia bisa menaiki unta tersebut." (HR Bukhari)

2. Mencium isteri ketika pergi dan datang
Sungguh hal yang romantis dan bisa menimbulkan rasa
kasih sayang jika kita bisa membiasakan mencium isetri/
suami ketika hendak berpergian atau baru pulang.
Daripada 'Aisyah r.a., bahawa "Rasulullah S.A.W. biasa
mencium isterinya setelah wudhu', kemudian beliau
shalat dan tidak mengulangi wudhu'nya."(HR
'Abdurrazaq)

3. Makan/minum sepiring/segelas berdua
Dari Aisyah r.a., dia berkata : "Saya dahulu biasa makan
his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi
Wassalam " (HR. Bukhori dalam Adabul Mufrod)
Dari Aisyah r.a., dia berkata : Aku biasa minum dari gelas
yang sama ketika haidh, lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi
Wassalam mengambil gelas tersebut dan meletakkan
mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu beliau
minum (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat
lain yang senada dari Muslim.)
Nabi S.A.W. pernah minum di gelas yang digunakan oleh
Aisyah. Beliau juga pernah makan daging yang pernah
digigit Aisyah.(HR Muslim No. 300) bahkan keberkahannya
dijamin, diriwayatkan Abu Hurairah : "Makanan berdua
cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk
empat orang." ( HR Bukhori (5392) dan Muslim (2058))

4. Suami menyuapi isteri
Dari Saad bin Abi Waqosh r.a. berkata : Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda : " Dan
sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal
itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau
suapkan ke dalam mulut isterimu." (HR Bukhori (VI/293)
dan Muslim (V/71)

5. Berlemah lembut, melayani/menemani istri yang sedang
sakit (memanjakan isteri sakit)Diriwayatkan oleh Aisyah
r.a., Nabi S.A.W. adalah orang yang penyayang lagi
lembut. Beliau orang yang paling lembut dan banyak
menemani isterinya yang sedang mengadu atau sakit. (HR
Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

6. Bergurau senda dan membangkitkan kemesraan
Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan
makanan. Nabi S.A.W. tertawa melihat mereka. (HR Nasai
dengan isnad hasan) Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang
Rasulullah S.A.W. suka bercanda dengan isterinya. (HR
Bukhari)

7. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah S.A.W.
bersabda : "Orang mukmin yang paling sempurna imannya
ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling
baik dia ntara kalian ialah yang paling baik terhadap
isterinya." (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan
shahih).

8. Memberikan hadiah kepada isteri
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata,
"KetikaNabi S.A.W. menikah dengan Ummu Salamah, beliau
bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak
memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian
berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku
mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia
dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika
hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan
memberikannya kepadamu."
Dia (Ummu Kultsum) berkata, "Ternyata keadaan Raja
Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah S.A.W., dan
hadiah tersebut dikembalikan kepada beliau, lalu beliau
memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol
minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian
tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah." (HR
Ahmad)

9. Tetap romantis walaupun isteri sedang haid
Haid, adalah sesuatu yg alamiah bagi wanita. Berbeda dg
pandangan kaum yahudi, yang menganggap wanita haid
adalah najis besar dan tidak boleh didekati. Ketika Aisyah
sedang haid, Nabi S.A.W. pernah membangunkannya,
beliau lalu tidur dipangkuannya dan membaca quran (HR
Bukhari no 7945)‎

10. Mengajak isteri makan di luar
Mungkin kebanyakan kita, lebih suka pergi bersama
teman-teman, meninggalkan isteri di rumah. Nah yang ini
mungkin biasa, saya suka ajak isteri "dating"! Ini mampu
membangkitkan romantisme berdua. Menikmati
lingkungan di sekitar. Anas mengatakan bahawa tetangga
Rasulullah S.A.W. – seorang Persia–pintar sekali
membuat masakan gulai.
Pada suatu hari dia membuatkan masakan gulai yang enak
untuk Rasulullah S.A.W. Lalu dia datang menemui
Rasulullah S.A.W. untuk mengundang makan beliau. Beliau
bertanya : "Bagaimana dengan ini? (maksudnya Aisyah)."
Orang itu menjawab : "Tidak." Rasulullah S.A.W.
berkata : "(Kalau begitu) aku juga tidak mahu." Orang
itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. Rasulullah
S.A.W.
bertanya : "Bagaimana dengan ini?" Orang itu
menjawab : "Tidak." Rasulullah kembali berkata : "Kalau
begitu, aku juga tidak mahu." Kemudian, orang itu
kembali mengundang Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah
S.A.W. kembali bertanya : "Bagaimana dengan ini?" Pada
yang ketiga kalinya ini orang Persia itu mengatakan:
"Ya." Akhirnya mereka bangun dan segera berangkat ke
rumah laki-laki itu. (HR Muslim)

No comments