Breaking News

BERSATU KEPADA ANTI TIPU (B.E.R.K.A.T)

Artikel dipetik dari: 
------------------------------------------------

Di era serba moden ini, sebagai bangsa 'melayu' yang beragama islam, sekarang masyarakat sedang mengalami satu trauma sosial, dimana tertanam di dalam akal fikiran mereka bahawa mereka perlu menjadi kaya tanpa dengan apa cara sekalipun.

Ini kemungkinan adalah kerana aktiviti globalisasi, kelambakan maklumat yang boleh diperolehi melalui internet dan aktiviti MLM yang berleluasa yang secara tidak langsung membasuh akal fikiran rakyat bahawa mereka 'mesti' menjadi kaya baru mereka boleh menikmati kehidupan sepenuhnya.

Sekarang ini, kebanyakan golongan masyarakat hanya mahu menjadi kaya dengan cepat, senang dan mudah jika dibandingkan dengan prinsip bekerja keras untuk rezeki yang halal dan bersih yang sekian lama terbiar.

Sekarang ini ramai profesional berpendidikan tinggi mencipta banyak skim cepat kaya melalui internet dan mereka juga mencipta banyak projek-projek agrikultur yang menjanjikan kepada para pelabur keuntungan yang berlipat kali ganda dan berkemampuan menjadikan semua orang jutawan dalam masa beberapa bulan sahaja.

Fenomena ini telah menular bukan sahaja ke kawasan kampung-kampung tetapi sehingga ke peringkat professional yang berpendidikan tinggi. Sekarang masalah ini berleluasa tanpa sebarang kengkangan dan tindakan tegas yang seharusnya telah dikuatkuasakan. Malangnya tindakan-tindakan ini tidak pernah terlaksana, yang mengakibatkan manusia-manusia yang rakus ini terus berani membuat skim-skim cepat kaya yang berterusan meragut hasil titik peluh rakyat yang bukan sahaja miskin tetapi juga golongan yang kaya-raya.

Projek-projek tipu dan skim cepat kaya ini secara keseluruhan telah mencecah kepada 161 kes bedasarkan kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai sebagai contohnya sesetengah badan kerajaan yang bertanggungjawab memerhatikan aktiviti-aktiviti mereka dan juga dari pihak media masa.

Sekarang masalah ini adalah terlalu serius! Bangsa melayu menipu bangsa sendiri secara profesional. Mereka memberikan janji-janji manis dengan keuntungan setinggi 500% ke 1900% setahun. Menipu penduduk
kampung, para pesara, para profesional yang berpendidikan tinggi sehingga ke kakitangan kerajaan.Manusia-manusia keparat ini dengan rakusya meratah hasil titik peluh rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Mereka membuat iklan secara terang-terangan di dalam suratkhabar dan media dengan tajuk jutawan segera, wang mudah, projek jutawan dan macam-macam lagi janji manis dengan memberi pulangan yang tinggi dan cepat. Mereka juga menggunakan taktik yang bijak untuk memperoleh kepercayaan pembaca, dengan menggunakan nama-nama yang boleh dipercayai dan dihormati seperti Dato, Datuk, Datin, Dr. malah mereka sendiri memberikan gelaran-gelaran tersebut kepada diri mereka.

Jumlah kerugian yang telah dirasai oleh pelabur bangsa kita dengan mudahnya boleh mencecah kepada jutaan ringgit dimana wang-wang ini lesap begitu sahaja.

Sehingga kini Bank Negara dan Suruhanjaya dan juga badah-badan kerajaan yang lain telah mengeluarkan notis-notis amaran mengenai skim cepat kaya ini. Tetapi rakyat masih bertindak melulu dan  melabur didalam skim dan projek-projek tipu ini dengan harapan mereka boleh cepat kaya, akhirnya duit lesap dan yang memilukan hati adalah wang yang lesap ini tidak boleh diperolehi kembali.

Sekarang tibalah masanya kita memulakan satu tindakan bersatu untuk memulakan kempen untuk memberi amaran kepada manusi-manusia durjana ini dan mendidik rakyat dan bangsa kita satu pengajaran bahawa wang tidak boleh diperolelehi dengan cara mudah. ini seara tidak langsung juga memaksa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencipta skim-skim cepat kaya ini.

Saya ingin mengajak orang ramai untuk menyertai tujuan mulia mencabar manusia-manusia rakus ini. Mereka harus dikenakan hukuman secukup-cukupnya dan diseksa agar menjadi pengajaran kepada penipu-penipu yang lain.

Tindakan bersatu semua rakyat pasti akan berguna kepada rakyat dan masyarakat Malaysia secara keseluruhannaya. Harus diingati tindakan ini bukan atas dasar politik malah untuk mengatasi masalah umum bersama. Saya juga berniat untuk mengajar rakyat Malaysia bahawa wang hanya boleh diperolehi dengan bekerja keras dan pada akhirnya sebagai muslim kita harus percaya "rezeki halal" yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.

Sekian, Terima Kasih.

Diingatkan supaya jangan jadi pelabur/pelebur duit utk projek2 seperti berikut:

1- Projek ternakan kambing/saham ternakan kambing
2- Projek ternakan lembu/saham ternakan lembu
3- Projek ternakan ikan keli/saham ternakan ikan keli
4- Projek ternakan ikan ketutu/saham ternakan ikan ketutu
5- Projek ternakan ikan arowana/saham ternakan ikan arowana
6- Projek ternakan cacing tanah/saham ternakan cacing tanah
7- Projek ternakan lintah/saham ternakan lintah
8- Projek ternakan ketam nipah/saham ternakan ketam nipah
9- Projek ternakan burung layang-layang (Walid)/saham ternakan burung layang-layang (Walid)
10- Projek tanaman pokok jarak/saham pokok jarak
11- Projek tanaman pokok roselle/saham pokok roselle
12- Projek tanaman pokok vanilla/saham pokok vanilla
13- Projek tanaman pokok Cili/ Serai-saham pokok serai
14- Projek usahawan Mingo-Mingo Ais krim
15-PROJEK TIPU YANG BARU...USAHAWAN STEVIA DARI MEGAHERBS BIOEXTREME

Sila buat laporan terhadap syarikat-syarikat penipu ini di dalam format berikut:
  • Nama Syarikat / Nama Penipu: [mana syarikat penipu tersebut]
  • Alamat Syarikat: [alamat syarikat penipu tersebut]
  • Telephona No: [no yang boleh dihubungi]
  • Pengalaman Perit Anda: [bagaimana mereka menipu anda?]
    e.g.
    • Nama Syarikat / Nama Penipu: Scam dot com Sdn Bhd 
    • Alamat Syarikat: SS2, Petaling Jaya
    • Telephona No: 012-3456790
    • Pengalaman Perit Anda: menipu dengan pelaburan serai dan rugi sebayak……….

SILA BERSAMA-SAMA KITA MEMBANTERAS PENJENAYAH-PENJENAYAH INI!

SILA ISI SEBANYAK MUNGKIN MAKLUMAT DAN PAPARKAN DISINI SUPAYA PETISYEN INI BOLEH DIKETENGAHKAN KEPADA BADAN-BADAN BERKUATKUASA.

No comments