MEDIA KINI
Monday, August 31, 2015
1:30 AM 0

CIK TA MELASER PESERTA BERTUDUNG AKADEMI FANTASIA MALAM TADI..


hehe..tak silap saya dengar tadi cik ta cakap aziah ni

 'lagu ni best kenapa aziah  NYANYI TAK SEDAP..















https://www.facebook.com/AkademiFantasia/photos/a.498307786908350.1073741828.478323662240096/952149911524133/?type=1

sumber page AF atas ni
Friday, August 28, 2015
9:04 PM 0

LUAHAN DASYAT ANAK MONDA FANDY YANG MENGEJUTKAN KITA SEMUA

Laman Utama





Entah mengapa, secara tiba-tiba luahan seorang lelaki yang mendedahkan dirinya sebagai anak Mohd Affandi (suami Mona Fandey) hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut sumber tertentu, luahan menyayat hati lelaki ini sebenarnya pernah disiarkan di akhbar Harian Metro pada tahun 2010.
Namun, ia kembali menjadi viral di media sosial untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang keperitan yang dialami insan yang mempunyai hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey.
6g28ytH

Ikuti kisah anak tiri Mona Fandey yang tidak didedahkan identitinya ini…
SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.
Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh… penjahat?
Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.
Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey. Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.
Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.
Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.
Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.
Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.
Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.
Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada umum. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi ‘serangan’ keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.
Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.
Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.
Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.
Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.
Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.
Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.
Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah “engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh.” Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi ‘panas hati’ dan selalu bergaduh.
Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.
Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.
Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.
Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.
Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.
Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.
Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.
Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.
Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.
Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.
Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.
Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.
Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.
Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.
Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.
(Sedikit latar belakang kejadian untuk tatapan generasi muda:
Pada tahun 1993, negara ini telah digemparkan dengan satu kes pembunuhan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang yakni Datuk Mazlan Idris.
Beliau dibunuh pada 13 Julai 1993 di sebuah rumah Kampung Peruas Ulu Dong, Raub. Pembunuhan itu amat ngeri di mana jasad Allahyarham telah dikerat-kerat 18 dan ditanam di sebuah rumah kosong di kampong berkenaan.
Setelah disiasat, 3 orang telah ditahan iaitu Mona Fendi, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hussin. Kesemua mereka telah dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 dah dihukum gantung pada tahun 2001.)
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat masyarakat di luar sana agar tidak menghukum insan yang tidak bersalah.

sumber
---------------------------------------------------------------------------------------------

Mona Fandey: Kes pembunuhan paling ngeri dalam sejarah jenayah di Malaysia





Mohon maaf terlebih dahulu kepada mana-mana individu yang berkaitan, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Kisah sedih dan sadis ini disiarkan hanya untuk berkongsi satu pengajaran dan pedoman, bukan tujuan untuk menghina atau mengaibkan mana-mana individu yang terlibat. Dengan izin.
  
Kisah benar ini telah berlaku 17 tahun lalu, dimana negara telah digemparkan dengan satu kes pembunuhan kejam dan sadis terhadap Datuk Mazlan, iaitu seorang ahli politik yang merangkap ADUN Batu Talam, Raub Pahang. Mayat mangsa ditemui 10 hari kemudian dan cara mangsa menemui ajalnya melampaui pemikiran batas manusia normal. Pembunuhan ini juga disifatkan tanpa peri kemanusiaan.

Motif pembunuhan semata-mata kerana tamakkan harta dan wang ringgit. satu pembunuhan paling ngeri melibatkan tokoh politik tanah air. Pembunuhan ahli politik itu telah dirancang dengan rapi dengan mengorek lubang di dalam stor untuk menanam mayat mangsa seminggu sebelum mangsa dibunuh. Mangsa dipercayai dibunuh antara jam 10 hingga 12 malam pada 2 julai 1993.

Pembunuhan berlaku ketika mangsa dipercayai semasa upacara mandi bunga bagi upacara kekebalan serta mengukuhkan kedudukannya dalam bidang politik. Upacara mandi bunga dijalankan dengan mangsa diarah berbaring di atas lantai di dalam bilik air untuk disiram. Mangsa kemudian diarah menutup mata dan diletakkan bunga dikedua-dua belah mata dengan tujuan mangsa tidak membuka matanya, dan diminta bersabar sehingga selesai upacara. Disebabkan percaya dan terlalu taksub kepada unsur-unsur spiritual mangsa menjadi korban.

Mangsa dibunuh dengan kejam, lehernya ditetak dengan kapak sebanyak 3 kali sehingga putus. Badan mangsa kemudian dikerat 18, sementara beberapa bahagian kulit dan dagingnya dilapah. Untuk melupuskan bukti, mayat mangsa dimasukkan ke dalam lubang sedalam 1.8 meter dan ditutup dengan lapisan simen.

Sebelum kejadian, Tertuduh kedua Affandi telah membawa mangsa ke kuala lumpur untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar di sebuah bank di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kes diketahui apabila Datuk mazalan telah hilang, tidak hadir dalam satu perjumpaan mensyuarat di Raub dan pihak polis mensyaki kemungkinan beliau telah dicolek. Menteri Besar Pahang ketika itu Datuk Khalil Yaacob dan Speaker DUN tidak tahu kemana perginya Datuk Mazlan. Satu laporan polis telah dibuat oleh ADUN Benta, Datuk Zuki Kamaludin pada 18 Julai 1993 setelah Datuk Mazlan telah beberapa kali tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang sejak 3 Julai 1993.

Bertindak diatas laporan itu pihak polis telah membuat siasatan terperinci dan pemeriksaan dibuat ke rumah separuh siap pasangan bomoh dan pembantu mereka yang sering dikunjungi oleh Datuk Mazlan. Pihak polis menemui seorang lelaki bernama Juraimi dan bertanyakan dimana Mona dan Affandi. Juraimi mengatakan mereka ke Kuala Lumpur. Juraimi ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati mangsa dilihat memandu kereta bersama pasangan bomoh itu keluar dari kampung Hulu Dong, kemudian mangsa didapati hilang bersama kereta miliknya itu. Pihak polis membuat pengiklanan di akhbar dan salesman terbaca iklan itu dan memaklumkan kepada pihak polis. Siasatan polis mendapati kereta itu telahpun dijual di Pudu, Kuala Lumpur. Akibat kealpaan mereka menjual kereta itu, mensabitkan mereka dalam kes pembunuhan itu.

Lebih kurang dua minggu pihak polis menjalankan siasatan  dan akhirnya berjaya menahan pasangan bomoh itu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dalam siasatan dijalankan Afendy memberitahu bahawa Datuk Mazlan telah tiada. Hasil maklumat itu  mengukuhkan lagi penglibatan ketiga-tiga mereka. Semasa di Lokap IPD Raub Affandi memberitahu kepada Juraimi… “Juraimi, semua dah bongkar… ceritalah sebenarnya”.

Juraimi kemudian membawa polis kepenemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikeluarkan dari lubang yang bersimen dalam bilik stor dekat sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang.

Semasa penyiasatan dijalankan, pistol kepunyaan Datuk Mazlan juga dijumpai berhampiran rumah tersebut. Turut ditemui 4 butir peluru dan kapak yang digunakan untuk menetak leher mangsa.

Kawasan sekitar Hulu Dong diselubungi suasana pilu berikutan kejadian pembunuhan wakil rakyat kesayangan ramai ketika itu, penduduk kampung tidak manjangka rumah yang sedang dalam pembinaan di atas tanah kepunyaan ahli politik dihujung kampung itu menjadi lokasi pembunuhan ngeri.

Tidak kurang sensasinya ialah gambar di akhbar-akhbar menunjukkan Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob, mengeluarkan kepala Mazlan dari lubang itu selepas polis menemuinya.

Kes perbicaraan awal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Raub, kemudian dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh. 20 September 1994 bermulalah perbicaraan kes ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.  Mona Fendy 38. Muhamad Affandi Abdul Rahman 37, dan pembantu mereka Juraimi Hussin 24, dituduh di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan, dibacakan bersama Sesyen 34 kanun keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Perbicaraan ini diadili oleh 7 orang juri.

Perbicaraan diberitahu bagaimana pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya dan arahan kepada Juraimi beberapa hari sebelum pembunuhan itu antara lain ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar.

Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.

Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan itu. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank dengan alasan pasangan itu boleh menggandakan jumlah wang itu selepas Mazlan menjalani upacara ‘mandi bunga'.

Kisah di mahkamah mengenai pembunuhan itu sungguh menyeramkan - Mazlan disuruh baring sebelum Juraimi menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Affandi bahawa ‘duit yang banyak akan jatuh dari atap'.

Pihak pendakwa berhujah bahawa Mazlan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bukan untuk tujuan memberikannya kepada penyokongnya tetapi kerana dia percaya kepada tipu helah ‘wang buat wang' pasangan itu kerana dia memerlukan wang yang banyak bagi tujuan politik.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada masa itu bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Juraimi hanya diberikan RM180 bagi menanam mayat itu sebaik saja selepas pembunuhan oleh pasangan itu yang kemudian bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel.

Lapan jam selepas pembunuhan itu, Affandi dan Mona mula membeli-belah menggunakan wang Mazlan. Seawal 7.30 pagi keesokannya, mereka telah berada di bilik pameran kereta di Melaka untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz 280 walaupun kedai itu belum dibuka untuk perniagaan pada hari itu.

Sehari sahaja selepas pembunuhan itu, mereka membelanjakan lebih RM160,000 untuk membeli kereta, telefon bimbit dan barangan kemas.

Beberapa hari selepas itu, pasangan itu, yang digambarkan di mahkamah sebagai kesempitan wang sebelum pembunuhan itu, membelanjakan lebih RM20,000 bagi barang kemas dan perabot. Mona juga membayar RM13,000 untuk pembedahan plastik dua minggu selepas pembunuhan itu manakala suaminya menubuhkan beberapa syarikat.

Keseluruhannya, pasangan itu membelanjakan kira-kira RM300,000 dalam masa 10 hari membeli-belah sebelum penahanan mereka, satu jumlah yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh Mazlan dari akaun banknya.

Cerita yang diberitahu dalam pembelaan mereka juga tidak kurang sensasinya tetapi semua tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.

Affandi, misalnya, memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang RM2.5 juta kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik Allahyarham Presiden Sukarno - tongkat, tangkal dan songkok.

Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat pengampunan diraja.

Perbicaraan ini diikuti dengan minat oleh segenap lapisan masyarakat. Sepanjang perbicaraan ini tertuduh menganggap seperti tiada apa yang berlaku, masih boleh lagi tersenyum dan berlawak terutama Mona. Dimasa Mahkamah berhenti rehat, Mona boleh lagi menyanyi. Terdapat percanggahan keterangan diantara mereka. Juraimi mengatakan Mona dan Affandi yang merancang pembunuhan ini, makala Mona dan Affandi pula mengatakan Juraimi hilang pertimbangan dan bertindak membunuh mangsa.

Pada 9 Februari 1995 Mahkamah mendapati ketiga-tiganya bersalah membunuh dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mereka ditempatkan di Penjara Kajang dan berbagai cerita mesteri disebarkan sepanjang penahanan Mona Fendey selama 4 tahun.


Kronologi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Perbicaraan selama 69 hari pada 1994 mendengar cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang dan politik.

Dilahirkan pada 1956, Maznah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, barasal dari Perlis. Pernah cuba menjadi penyanyi dengan menghasilkan album pertama, Diana 1 pada 1987. Ketika itulah beliau menggunakan nama komersial, Mona Fandey yang kekal popular kepada kita sehingga ke hari ini.

Ketidakupayaan Mona menyanyi dengan baik, menyebabkan beliau beralih arah kepada pengamal perubatan tradisional dan mempu hidup mewah. Kerjaya sebagai bomoh bersama suaminya menjadikan mereka hidup dalam kemewahan sehinggakan mereka mampu memiliki beberapa kereta mewah diantaranya Jaguar.

Mohd Noor Affendi Abdul Rahman adalah suami ke-3 Mona dan pernah menuntut ilmu persilatan di Indonesia

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dibunuh, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000). Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, satu laporan polis telah dibuat oleh ADUN Benta, Datuk Zuki Kamaludin.

19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui didua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam. Modus operandinya hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

20 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diadaptasi dari kisah Mona Fendey.



4:44 AM 0

update PENGAWAL KESELAMATAN HOSPITAL DI KOTA BHARU DIBELASAH BERAMAI-RAMAI
























Kota Bharu: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan berlaku pergaduhan antara beberapa pelawat dan pengawal keselamatan di hospital itu seperti tersebar di laman sosial Facebook semalam.

Pergaduhan yang berlaku petang semalam itu dipercayai akibat salah faham mengenai kebenaran memasuki wad yang dijaga rapi.

Ia menyaksikan pengawal keselamatan itu dipukul dan ditumbuk.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, pelawat itu dipercayai tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalang pelawat berkenaan membawa kanak-kanak ke dalam wad itu.

"Untuk makluman wad berkenaan amat sensitif kerana menempatkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan.

"Ia adalah wad separa unit rawatan rapi (ICU) dan orang awam sepatutnya memahami tujuan pihak hospital mengadakan undang-undang kawalan itu, demi untuk kebaikan semua," katanya di sini, hari ini.

Zaid juga memberitahu pihaknya mengamalkan polisi mesra pelawat terhadap mereka yang mahu menziarahi pesakit ketika waktu melawat.
Bagaimanapun, wad sensitif seperti wad separa ICU, ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Wad Pergantungan Tinggi (HDW) perlukan kawalan ketat.


sumber : http://www.hmetro.com.my/node/73381#sthash.VUhqLOHi.dpuf
Tuesday, August 25, 2015
3:18 AM 0

SEDIH-SELEBRITI2 TEMPATAN YANG MENINGGAL DI USIA MUDA,YG LAST sgt mengejutkan kita

Berikut adalah beberapa nama yang sempat admin kumpulkan. Sedekahkan Al-fatihah kepada mereka.

Izwan Pilus




























Industri hiburan dikejutkan dengan berita kematian Izwan pada 20 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan terkena virus kencing tikus yang serius. beliau merupakan abang kepada Aril AF.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka dan dikebumikan di sana pada pagi 21 Januari lalu.

Bob Kuman


















Pelawak dan pemilik nama sebenar Husni Mohd Rawi ini disahkan meninggal dunia pada petang 3 Mei lalu akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair di kediamannya di Kota Damansara, di sini. 

Pelawak ini menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat. Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. Terdahulu, Bob pada 21 April lalu kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat.


Yanie Mentor


Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.


Acik Spin



Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas.

Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.


Semoga rohnya dicucuri rahmat…
Achik, atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 28 tahun, vokalis Kumpulan Spin, telah selamat dikebumikan selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) petang semalam. Jenazah Allahyarham Achik telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said , Seremban 1 petang hari ini.
Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Allahyarham Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup. Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Selepas dibedah siasat di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar, Arwah dikebumikan di Makam Tuan Haji Said,Seremban

Isteri Allahyarham Achik Spin, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof sambil memangku anak bongsunya, Putri Nursumaiyyah, 10 bulan sedih dan pilu menatap wajah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said

Isteri Allahyarham Abdillah Murad Md Shaari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, H.M Rose Zaitul Suraini bersama anaknya Puteri Saffiya, 2, menabur bunga di pusara di Makam Tuan Haji Said, Seremban

Ibu Achik Spin, Badriah Awalludin menyiram air mawar di pusara anaknya di Makam Tuan Haji Said, Seremban
Kredit to : mStar
 P/s : Sedekahkan Surah Al-Fatihah


Din Beramboi

Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. 

Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.


.
Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia.



Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah. 



Imbasan 15 Tahun Kisah Sedih, Pembunuhan Along (Spoon)



TANGGAL 6 Januari 2000 iaitu kira-kira 15 tahun lalu terjadinya satu tragedi apabila penyanyi Spoon - Along ditemui mati dibunuh. mStar Online menyingkap peristiwa sedih itu.

Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie yang ketika itu berusia 19 tahun popular dengan laguRindu Serindu-Rindunya telah dibunuh dengan keadaan mayatnya dimasukkan ke dalam guni, diikat lalu dicampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 400 meter iaitu di kawasan sunyi, Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Peristiwa berdarah itu hanya disedari lebih 10 hari selepas Allahyarham dilaporkan hilang iaitu pada 25 Disember 1999.

Penemuan mayat Allahyarham diketahui selepas seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tontoni imbasan kisah sedih ini dalam bentuk video selepas 15 tahun ia berlalu. Al-Fatihah buat Allahyarham.

sumber
































































GENAP 15 TAHUN PEMBUNUHAN ALONG SPOON







Genap sudah 15 tahun pemergian Vokalis kumpulan Spoon, Along Spoon. Along Spoon yang cukup popular dengan lagu nyanyian Rindu Serindu-Rindunya. Mereka yang membesar dengan lagu-lagu pada era-90an pasti cukup mengenali beliau ini.

Along Spoon atau nama sebenarnya, Sabi’ul Malik Shafiee pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air pada ketika itu. Kumpulan Spoon yang diketuai oleh Along yang memiliki suara yang mantap telah berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999).  Kemantapan Spoon telah disenaraikan dalam kumpulan slow rock terbaik pada era itu, dan ketika itu jugalah terciptanya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Bagaimanapun, dalam kehangatan Spoon, Along dilaporkan hilang. Pelbagai persoalan timbul dalam benak kepala para peminat setianya, begitu juga dengan ahli keluarga dan rakan sekumpulannya. Masing-masing bagai hilang keruan dengan kehilangan itu.

Namun, selepas 10 hari akhirnya kehilangan Along terjawab. apabila polis menjumpainya dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam di lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Ikuti kronologi kes pembunuhannya.

Kronologi Kes Pembunuhan Along Spoon

● 25 Disember 1999 - Penyanyi lagu Rindu Serindu-Rindunya, Sabi'ul Malik Shafiee yang lebih dikenali sebagai Along Spoon dilaporkan hilang. Ketika itu dia berusia 19 tahun.

● 6 Januari 2000 - Selepas 10 hari kehilangan Along, pihak polis menjumpai rangka manusia dipercayai jasad Along yang diikat dalam guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu.

● 7 Januari 2000 - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.

● 19 Januari 2000 - Anggota polis dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur itu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

● 10 April 2002 - Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati Mohamed Ya'cob bersalah terhadap tuduhan pembunuhan ini.

● 29 September 2009 - Mohamed Ya'cob membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sabitan hukuman mati terhadapnya.

● 2 November 2010 - Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas Lans Koperal Mohamed Ya'cob yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.

Pembunuh Along Spoon, Lans Koperal Mohamed Ya'cob
Misteri pembunuhan Along Spoon yang memakan masa selama 10 tahun selesai. Pembunuhan itu dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu anggota polis itu. Selepas kematian Along, Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, namun masih tidak dapat menandingi aura suara yang dimiliki Along.

Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam. Bagaikan sudah tiada lagi penggantinya. Namun, sebelum ini lagi nyayiannya kembali dimainkan. Lagu popular arwah yang berjudul Rindu Serindu-Rindunya kini dibawakan semula oleh penyanyi dari Indonesia iaitu Firman Siagian.

Semoga rohnya tenang bersama-sama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat Arwah.
AlFatihah untuk semua yang sudha meninggalkan kita ( :




Sunday, August 23, 2015
10:10 AM 0

2ANAK GADIS 'DIPAKAI' BAPA SENDIRI (4 ISTERI) DR UMUR 8 TAHUN HINGGA MELAHIRKAN ANAK.











Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah,
 kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.
Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak 
seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.
Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. 
Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota
 polis yang menangkapnya.

“Encik, kalau kita tanam rambutan pun 
 bila sudah berbuah kita 
hendak merasa dahulu. 
Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah 
Umairah.  


Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman 
penjara seumur hidup.
Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba 
melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah 
hospital swasta.